Assalammualaikum & pagi semua.
Rasa mcm nak share sikit itinerary trip kami bercuti ke Cebu, Filipina tempoh hari selama 6H5M, pada 18-23 Februari 2016.
Beli tiket flight setahun lepas, hrga exatcly tak igt tapi rasanya dalam rm200++ return ticket, KL-Cebu-KL.
Semestinya Airasia, everyone can fly ☺️
Day 1:
Flight depart dari KLIA2 jam 10.40am. Terbang di awan biru selama 4 jam. Mendarat dengan selamat di Mactan-Cebu airport jam 2.40pm ( waktu tempatan). Waktu Malaysia & Filipina sama, cuma sana pagi cerahnya awal, mlm gelapnya awal. Macam Sabah. Nak pesan sesiap, kt cebu susah gils nak cari halal food. So, mungkin korang bolehla makan sesiap alas perut di klia, or order meal ats flight, order lebih leh tapau ntk mkn kt hotel kan ☺️
Keluar dari airport, cari taxi stand, then ambil teksi color putih ntk ke hotel memasing. Igt, color putih! Jgn ambil kuning sbb charge mahal. Tak terkena, tapi based on cerita kawan yg pernah terkena.
Btw, sebelum tu bolehla korang beli simcard sana dlu. Kitotang haritu beli simcard Globe, 400peso ntk unlimited internet 7days & ada la call dan sms free. Yg penting internet weh, mmg hotel provide wifi tapi cannot tahan la dari menahan diri ntk upload pics cecantik kt sana, since kami berempat, beli dua je sim, then bukak je hotspot share internet, jimat.
Arrived hotel- Sampaguita Suite hotel. Letaknya di bangunan plaza garcia di magellan street. Semua driver teksi akan tau. Hotel sgt ok dgn price yg ditawarkan. Kami amek bilik triple dan bilik single. Bilik sgt basic, tv almari aircond ada, cuma takde kettle tapi boleh request air panas ntk mkn maggi ke, cicah biskut dgn milo panas ke. Boleh takdehal. Dorang baik, polite.
Btw mmg tersgtlah aku suggest korang dok sini sbb dkt dgn beberapa tempat attractions kt cebu contoh: Magellan cross, basilica st nino church, plaza indepencia, fort san pedro. Walking distance saje semua ni, 2 mins, 4 mins, paling lama pun, 10mins nak ke terminal ferry pier 1 ( perlukan kita ntk naik feri ntk ke tagbilaran). Jimat dah duit teksi/transport kt situ. Dekat jgk dgn 7E, pelanggan tetap dh kami sepanjang dok situ. Tapi jauh sikit la dr city, kalau korang mencari suasana city, tak digalakkan la dok sini.
Jadi ptgnya lepas check in terus jejalan sekitar situ. Magellan cross, basilica st nino. Plaza indepencia dan fort san pedro tak sempat harini sbb hari dah gelap.
|
Basilica St Nino Church |
Day 2:
Hari kedua bermula seawal 3.30pg. Bangun, then sesiap sebab jam 4pagi driver dtg pick up kt hotel. Destinasi pertama harini adalah ke Oslob, untuk berenang-renang bersama whaleshark. Whaleshark okay! Perjalanan selama 3 jam dari cebu ke oslob. Maka nya, dlm kereta cuma driver je la berjaga sambil ditemani dengkuran kami. Hihi.
Arrived Barangay Tan-awan, Oslob. Driver kami tolong register dan byrkan fee. Oh nama driver kitorang, Gladen. Baik dan kelakar orangnya. Senang berurusan. Fee ntk buat aktiviti whaleshark watching ni 1000peso seorang ( harga tourist). Diberi masa 30 min ntk snorkeling dan lihat shark. Kalau rasa takut turun, byr 500peso ntk lihat shark dari atas bot shj. Mmg gila. Tgk whaleshark depan depan. Korang wajb pegi dan lihat sendiri. Btw sblm turun ke laut, ada sikit taklimat ntk pengunjung, rules. Patuhi lah rules sbb ini melibatkan nyawa. Shark okay shark!
|
Ready for hunting whaleshark. |
|
Ini dia whalesharkkkkkkk! |
Lepas berenang-renang dgn shark, naik ke darat, bilas badan kejap, then next destination adalah pantai- Cangcuay beach. 5mins je drive dari whaleshark briefing area tuh. Cangcuay beach ni cantik amat. Sebab ianya di jaga, ada villa mewah kt sini. Org luar still boleh mandi sini tapi kena byr entrance fee 100peso seorang. 100peso tu dh include semua termasuklah toilet, cottage, table even alat pemanggang bbq pun ada disediakan. Ada hammock/buaian tepi pantai lagi. Posing sakan la kami.
Selesai aktiviti kedua. Seterusnya, Kami ke tumalog falls, 15mins shj drive dari cangcuay beach tadi. Sblm smpai tumalogs, kereta stop kt port habal-habal. Habal-habal tu motorcycle. Sini byk penunggang motosikal tunggu ntk bwk kita ke kwsn air terjun tu. Tak jauh kalau nk jalan, tapi kalau nk jimat tenaga, silakan naik habal-habal ni. Byrn tak mahal, 50peso pegi balik ( parking kereta-air terjun-parking kereta). Tapi Gladen yg bayarkan habal-habal kami. Tumalog falls ada entrance fee, 40peso tak silap. Cantik tumalog falls ni.
Lepas tumalog falls, kami ke Osmena peak. Puncak tertinggi di Cebu. Sejuk ya amat. 1 jam perjalanan dari tumalog ke dalagutte. Sampai pekan dalagutte, kami kena naik habal-habal ke base. Sampai base, baru kami hiking. Trek senang, 20mins dah sampai peak. View nya ya tuhan, temptinggg, amazinggg!
|
Laluan trek menuju ke puncak Osmena. |
Apa kami buat kt atas? Salin pakai baju kurung. Hihi. Ditengok pelik aje oleh org keliling. Hihi. Dah puas layan view, ambil gmbr, video, kami pun turun. Sebab ada tinggal satu lagi tmpt ntk dikunjungi.
|
Can you see how beautiful it is? Stunning view. |
The highlight- kawasan falls. Fall paling cantik! Biru amat air nya. Entrance fee 60peso. Jln nk ke air terjun sng, tak pyh guide pun takpe. Kat fall, dorang akan offer bamboo raft beserta guide, harga 500peso per group. Lifevest pulak, 50peso per person.
Selesai semua aktiviti sekitar jam 5ptg. Hari pun dah nak mula gelap. Kami pun mulakn perjalanan pulang ke cebu. Arrived cebu sekitar jam 8 mlm. Balik hotel, rehat! Recharge! Seharian beraktiviti penat tapi puas.
Day 3:
Destinasi harini kami nak ke Alona beach, Panglao island. Lepas check out, kami jalan kaki ke terminal feri pier 1. Dekat je dari hotel, jalan kaki 10 mins jimat duit teksi/jeepneys. Beli tiket feri return cebu-tagbilaran di maunter Oceanjet. Kebetulan masa beli ada promo, so tiket balik adalah percuma. Cuma byr 800peso sorang ntk tiket pergi & tiket balik adalah free. Rejeki . Terminal fee pulak cuma 25peso seorang. Lepas settle, masuk terminal kena scan beg dulu. Jam 11.40am feri kami pun berlepas. Perjalanan cebu ke tagbilaran seaport, 2 jam. Kondisi feri bersih dan selesa.
Selepas 2 jam, tiba lah kami di tagbilaran seaport. Driver dah pun menunggu, jemput kami ntk di bawa ke hotel di alona beach. Byrn transfer tagbilaran- alona or alona- tagbilaran, cuma 500peso per car ( muat 4 org). Perjalanan 30 mins jgk nk smpai alona.
Kami menginap di Panglao Regents park, jln kaki 7 mins sampai lah pantai alona. Mmg ramah tamah la org org sana. Sukaaa
Settle check in, ptgnya kami jejalan pantai. Mat salleh ramai, korean pun ramai. Siap ada beberapa kedai korea/korean mart kat sini. Restoren korea pun byk. Rupanya, korea-cebu ada flight direct contoh air busan, jeju air. No wonder ramai semacam korean sini.
Sambil2 jalan tu, boleh lah nk survey harga pakej ntk island hopping esok. Tapi aku dah book sesiap dari Malaysia sebelum pegi lg. Senang. Survey2 baca blog, cari harga murah terus deal tanpa byrn. Jadi, aktiviti esok adalah island hopping!
Day 4:
Pagi ni kami nak ber-island hopping ke Balicasag dan Virgin Island. Kami check-out seawal 6 pg, tinggalkan beg kat reception hotel then kami follow boatman ke alona beach ntk island hopping.
Maka bermula lah aktiviti kami ntk hari ke-4.
|
Lihatlah sunrise yang indah itu :) |
|
laut terbentang luas depan mata |
Lama jugak nak sampai ke Balicasag, ada la dalam sejam lebih. Sampai tertido sambil duduk la dlm bot tu. Hihihi.
Finally we arrived!
Aktiviti snorkeling pun bermulaaaaaa.
|
come to mama bebeh! |
Selesai di Balicasag, kami menuju pula ke Virgin Island.
Okay dah habis. Balik hotel, ambil beg then tunggu driver datang jemput di hotel untuk ke Tagbilaran. Kami bermalam di Tagbilaran pula mlmni. Nak save masa sebab esok nak ke Bohol.
|
our hotel for tonight -Ocean Suite Boutique Hotel. |
|
Perfect room! |
|
hi org bawah, sy nak terjun dari atas join korang boleh? |
|
Infinity pool |
|
Layan sunset tepi pool instead of tepi pantai :P |
Okay done day 4. Kami rehat puas-puas malam nya. Tak keluar mana sebab bayar hotel mahal2, better duduk hotel. Hihihi.
Day 5:
No Monday blues for today! Hehe, orang lain sibuk dah mula kerja, mula semester baru hari ni, tapi kami masih lagi bercuti.
|
Buka sliding door luas-luas, selak langsir, layan sunrise dari atas katil. Phewww! Marvelous. |
|
Lets breakfast. |
Settle breakfast, around 10.30am kami pun check-out. Driver dtg fetch depan hotel, destinasi kami harini ke Chocolate hills, Loboc, Man-made forest dan akhir sekali ke terminal feri.
First - kita layan superman zipline kat Loboc Ecotourism Adventure Park
|
Are you readyyy?! |
|
Here we go |
|
kelihatan sungai loboc yang hijau dari atas |
|
Peaceee!
|
Second - Melawat adik angkat. Tarsier!
3rd - Naik 200 anak tangga untuk lihat chocolate hills.
4th - we go to Chocolate Hill Adventure Park (CHAP) for bike zipline. Gayaaaaaat okay!
5th- Man-made forest. Mahogany!
Selesai semua tempat, kami bergerak pula ke terminal feri untuk pulang kembali ke Cebu city.
Day 6:
LAST DAY!
Flight pulang ke Malaysia jam 3.05pm. Pagi ni sempat lah kami jalan2 untuk mencari souvenior.
Budget!
Day-1:
Hotel 3D2N - P3992(4 pax)
Pakej driver( termasuk semua entrance fee, habal-habal) - 2800peso
Bamboo raft & guide - 500peso (4 pax)
Hotel 2D1N - 3720 peso (4 pax)
Hotel transfer - 500 peso ( 4 pax)
Feri tix & terminal fee - 3300peso ( 4 pax)
Day-4:
Pakej Island Hopping (boat) - 1600 peso (4 pax)
Munifical fee, snorkel - 400 peso
Driver (alona-tagbilaran ) - 500 peso (4 pax)
hotel 2D1N - 8512 peso (4 pax)
Day-5:
Driver 8 jam - 2000 peso (4 pax)
tarsier entrance fee - 60 peso
chocolate hill entrance fee - 50 peso
chap entrance fee - 60 peso
bike zipline - 450 peso/return
superman zipline -350 peso/return
feri tix & terminal fee - 3300 peso (4 pax)