Followers

Sunday, October 25, 2015

TIME CAPSULE RETREAT, SG LEMBING



Monday Blues!

 Shhuhhh. Mana ada blues blues ni. Happy working guys! 'Pinjam' masa kejap je nak update blog, japgi sambung buat kerja. 


Semalam cerita pasal tempat bercuti best kat Janda Baik kan. Harini pun nak cerita benda yang sama, tapi di Sg Lembing, Kuantan. Still dalam negeri Darul Makmur wuhuu. Jangan taktau, Pahang mmg kaya dengan tempat pelancongan/percutian menarik! 

Sambung cerita...

 Tempat bercuti kali ini sangat menarik dan unik. Terletak di Sg Lembing, Kuantan Pahang. Memang jauh sikit la dari bandar Kuantan tu. Ni kira percutian 'back-to-nature' jugak ni. Meh layan gambar.


Welcome. Wehoooo!


Ada dua jenis, satu yang mcm gambar atas ni, satu jenis lagi macam gambar bawah ni. Apa beza?

Kami pilih yang ini. Kenapa? Sebab yang atas tu, langsir. So maksudnya kalau malam, mmg boleh nmpk bayang la kalau buka lampu. Ngehehe. Bahaya orang nampak.

Toilet di luar. Tak jauh, beberapa langkah je dari bilik.  Jangan risau takut ke apa.

Tadaaaa. Cantik bukan. Inside the 'kolong'. Siap boleh star gazing weh. Buka langsir belakang tu nampak hijau yg sungguh mendamaikan.

Malam pun tiba

View malam hari. Cantik!



Mesti tertanya-tanya aktiviti apa boleh buat kat sini kan.
Since percutian ni mmg percutian 'back-to-nature' katanya, kita menikmati alam la. Ada dua aktiviti selalu org buat, satu; hiking bukit panorama untuk lihat sunrise. Kedua; naik 4wd, hiking sikit, redah sungai sikit untuk ke air terjun pelangi.

Kami pilih -air terjun pelangi.


naik 4WD dulu beramai-ramai. Meriah. Sebab banyak sekali 4WD drive.

lepas perjalanan berliku, akhirnya sampai jua. Indah.

Nampak tak tu pelangi nya?

Agent supply maggi cup dan milo panas. Nikmat betul layan tengah sejuk masa tu.



Amacam uolls? Teruja tak? Sila la booking cepat. Cuti tak banyak? Eh, takpe. Weekend 2H1M pun cukup. Lari sikit dari kesibukan kota, dari jerebu yang melanda, rehatkan diri anda di TIME CAPSULE RETREAT.



2 comments:

Anonymous said...

Macam mana nk access ke air terjun pelangi kalau bersendirian?

wirdah said...

Alamak. tak pasti pulak kalau pergi sendiri mcm mana.