Followers

Tuesday, July 15, 2014

MENU DIET ATKINS

Salam Ramadhan ke-17

Diet Atkins?
Kata mudah, diet dimana kurangkan makan karbohidrat. Dalam sehari kalau boleh ambil 20g je carbs.

Aku kekonon nak try. Tapi tak displin. Nafsu makan memang tak boleh dibendung. Huhu.
Dalam tempoh dua minggu - tempoh induksi, tak boleh makan segala jenis nasi, bihun, mee, koew teow, roti, tepung, kentang, kicap, sos cili . Tak makan nasi tu boleh lah aku terima lagi, ni sampai tak boleh makan bihun juga. Mana boleh tahan makan lauk jeeee :(


Sebab tu aku kata 'kekonon' diet. Aku buat diet ni, tapi tak penah berjaya dua minggu tu. Dua hari aku tahan, masuk hari ketiga aku dah cari bihun tomyam. Wohoho. Tambahan dalam bulan puasa ni, segala jenis makanan terbayang-bayang. HAHAHA.

Meh aku share skit menu yang aku makan masa aku amalkan diet atkins ni.

1. Chicken Foldover Atkins.


 
 
2. Chicken cheese ball homemade.
 



Ni kira rajin la aku nak masak cegini. Kalau malas sgt, aku goreng je telur dadar, sosej. Takpun buat telur rebus. Sapa tahan dua minggu cegini? Aku memang tak tahan.

Adoi-lah --
Macam mana nak kurus.

Monday, July 14, 2014

COKELAT YANG DIRINDUKAN SEMUA

Salam Ramadhan ke-16

Ada satu jenis cokelat ni, aku yakin semua orang yang sebaya aku pasti rindukannya.

Cer teka dlu.

Taknak teka? Malas ye --

Cokelat ni di keluarkan oleh syarikat Gandour. Ha, dpt bayangan dah?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.






TOFILUK
Pernah makan tak? Ya Allah sedap sangat cokelat ni. Last aku makan tahun 2005 kot, masa tu sekolah menengah. Lepastu tak jumpa dah sampai sekarang.


Mengimbau kenangan sangat --
Di bulan puasa lak tu teringin nya. Ahai mana nak cari ni. Anyone?


Ni satu lagi jenis cokelat yang aku  suka, kira adik beradik dengan Tofiluk sebab dari syarikat yang sama.



SAFARI
Sape penah makan kita geng ! :)
 
 
 
 








Wednesday, July 9, 2014

BAJET PERCUTIAN JAKARTA-YOGYAKARTA-BANDUNG

Perbelanjaan dalam RM

1. Tiket tren Taksaka Malam                                   RM92.38                           
2. Tiket tren Malabar                                              RM95.36
3. Tiket tren Argo Parahyangan                               RM30.74
4. Tiket bas dari Melaka Sentral ke KLIA2                 RM24.30
5. Tiket bas dari KLIA2 ke Melaka Sentral                 RM24.30
6. Fee cancel hotel                                                 RM16.00
7. Tiket flight (return) KLIA2 - Jakarta                     RM250 +-
    *termasuk insurans, meal.


Perbelanjaan dalam IDR

1. Hotel Kenangan                                                  IDR250 000
2. Hotel Maxone                                                     IDR232 500
3. Supir di Jogja                                                     IDR500 000
4. Supir di Bandung                                                IDR500 000
5. Airport tax                                                         IDR150 000
6. Candi Borobudur                                                IDR115 000
7. Candi Prambanan                                               IDR103 500
8. Taman sari                                                         IDR12 000
9. Ratu Boko                                                          IDR110 000
10. Kawah Putih                                                     IDR43 000
11. Bas Damri                                                        IDR30 000
12. Keraton+camera                                               IDR13 500


Shopping + Makan =  tak ingat. Teheee.

CUTI-CUTI JAKARTA-YOGYAKARTA-BANDUNG - PART SIX

Salam Ramadhan ke-12.

Ni last entri pasal cuti cuti di bumi jawa haritu.

Sebaik sampai Stasiun keretapi Gambir, kami terus tuju ke hotel tempat kami menginap di Jakarta, Hotel Maxone. Cantik hotel ni --





Lepas check-in, rehat, solat, kami terus keluar hotel nak ke Tanah Abang.

Ini tips la bagi sesiapa nak stay di Jakarta dan tujuan utamanya nak shopping. Korang cari lah hotel yang betul-betul dekat dengan Tanah Abang. Betul-betul dekat tu maksud aku korang boleh jalan kaki je dari hotel. Satu hotel yang aku perasan, Fave Hotel. Ce try google --

Serius korang kena guna tips ni. Pengalaman aku masa pegi haritu, berapa teksi blue bird ntah kami tahan, semuanya taknak bawa kami ke Tanah Abang. Alasannya, MACET. Atlast ada satu teksi ni willing nak bawa kami ke sana, tapi itupun separuh jalan je weh. Serius tak bergerak. Kalau kami terus menerus dalam teksi tu, mau nye kene charge mahal nanti. Ok, satu lagi. Teksi blue bird ni satu satunya teksi yang guna meter . So please naik teksi ni, jangan yang lain. Jangan.

Perbandingan antara shopping di Pasar Baru dan Tanah Abang? Lebih kurang sama. Harga pun lebih kurang. Kalau pandai cari kedai, jumpa yang lagi murah lace nya di Tanah Abang.

Shopping, shopping dan terus shopping.

Dalam jam 4 petang macam tu, banyak kedai dah tutup. Kami pun blah dari Tanah Abang dan kami tahan teksi, nak pegi ke Grand Indonesia Mall. Ha, bukan nak shopping sini ye. Kalau nak shopping sini semestinya mahal, sebab mall kan. Barang pulak semua branded je. Kami nak makan eskreeeem!

Tadaaaa.
Magnum Café --

Korang wajib datang sini. Paling best sini, kita boleh buat aiskrim kita sendiri. Bukan je aiskrim, sini ada jugak menu berat yang lain. Alang-alang kami dinner sini terus, last dinner di bumi Jakarta :)





Selesai makan, kami beransur pulang ke hotel. Sesampai hotel, mandi, packing beg semua sebab esok sudah mau pulang.

Yeaaaay. Nak balik sudah.




Okay next entri nak cakap pasal bajet percutian ni pulak.
Jumpa lagi.
Bai.

Monday, July 7, 2014

CUTI-CUTI JAKARTA-YOGYAKARTA-BANDUNG - PART FIVE

Salam Ramdhan ke-10.

Jangan jemu ye tengok tajuk entri sama berulang kali. Memang lambat aku ni nak menghabiskan cerita-cerita di bumi Jawa tu.

Mood mesti mau ada--
Sekarang baru muncul, jadi aku sambung cerita.

Kami menghabiskan waktu malam dalam tren. Kiranya ini dah dua kali kami tidur dalam tren, yang pertama masa dari Jakarta ke Yogyakarta, ini pula yg kedua dari Yogyakarta ke Bandung. Kami selamat sampai di Stasiun Bandung jam 7 pagi lebih kurang. Terus tuju ke Hotel Kenangan tempat kami menginap. Berjalan kaki.

Kali kedua aku menginap di sini. Hotel Kenangan biasa biasa je, harga reasonable. Tapi sangat strategik lokasinya. Dari stasiun keretapi dekat dan paling penting, dekat gila gila dengan Pasar Baru Trade Center. Tak caya try google.


Hotel Kenangan di waktu malam.


 


       
 
Okay. Since jam pun baru jam 7.30 pagi, nak check in pun
tak boleh lagi, jadi kami decide untuk sarapan dulu then
terus ke Pasar Baru. Beg beg semua kami tinggalkan dlu
dlm stor di hotel tu.
 
Masa sampai Pasar Baru memang banyak kedai belum buka.
So jejalan dulu, mana kedai yang dah buka tu terus je kami
terjah. Kekonon customer awal dapat la harga murah. Heee ;)
 

 
Ramuan mata utama tak lain tak bukan semestinya la LACE!
 
Settle shopping, kami keluar dari Pasar Baru sekitar jam 12 tengahari
mcm tu. Berjalan lah kaki kami dari Pasar Baru balik ke hotel dengan
barang belian yang berat amat. Hohoho. Kalau tak larat, boleh la
korang naik Angkut ye (van), bayaran dari Pasar Baru ke hotel
Kenangan lebih kurang 2000-5000 rupiah seorang.
* Masa pergi pun kami jalan kaki.
 
Check in, rehat! Nikmatnya dapat jumpa katil. Dah dua malam kami
tidur atas kerusi je.
 
Petangnya kami keluar cari makan. Since aku dah penah datang
dan menginap sini, jadi tau la jugak kedai makan mana nak dituju. Kami
decide makan masakan Padang. Restoren masakan Padang ni konsepnya, pelayan akan hidang semua jenis lauk atas meja kita.Tapi kita akan bayar makanan yang kita makan je (pinggan).
Contoh la ada ayam goreng dua ketul dlm pinggan, kita makan seketul je,
tetap kene bayar untuk dua ketul ye. Harga ikut pinggan.
 

 
Boleh tahan enaknya.
 
Selesai makan, pulang ke hotel dan tidur. Zzzzz!
 
 
Pepagi bangun, siap-siap cepat sebab harini kami akan berjalan sekitar Bandung, supir Pak Tri namanya akan jemput kami di hotel. Bayaran supir IDR500 000 untuk full day tour, avanza.
 
Destinasi pertama kami Kawah Putih. Kenapa tak pergi Tangkuban Perahu? Sebab aku dah pernah pergi sebelum ni :)
 
Layankan jelah ye gambar-gambar ni --
 





 
 
Okay done Kawah Putih. Next kami ke Stu Patenggang. Maaf takde gambar, google lah ye kalau nak tau apa ;)
 
Lepas tu Pak Tri bawa kami lunch di Restoren Saung Andir, menu 'wajib cuba' adalah Ayam Brengsek.
 

 
Kemudian kami terus ke kota Bandung semula untuk shopping di factory outlet.
Malamnya, aku minta Pak Tri untuk bawa kami dinner di Stone Café, di jalan Dago. Pemandangan dari sini sangat cantik dan sini siap ada live band.
 

 
 
Berakhir sudah dua hari dua malam kami di Bandung. Esok paginya kami akan check out awal pagi dan terus ke stasiun keretapi Bandung untuk menuju ke destinasi shopping terakhir, Jakarta. Di Jakarta kami menginap di Hotel Maxone, Jln Sabang. Lokasi ni tak terlalu strategik, tak hampir dengan mana mana shopping mall. Cuma ia best sebab dikelilingi dengan stall stall makanan. Senang cari makan lah kiranya--
 
 
Nanti aku sambung cerita kat Jakarta dalam next entri ye. Mungkin itu entri terakhir untuk cerita cuti cuti di bumi jawa ni. Tehee ;)
 
Jumpa lagi.
Bai.
 
 
 
 
 
 

 


Wednesday, July 2, 2014

CUTI-CUTI JAKARTA-YOGYAKARTA-BANDUNG - PART FOUR

Salam Ramadhan ke-5.

Semalam dah sembang pasal bab makanan kan pepagi. Kalau sapa nak buat tempahan, boleh roger aku. Hehe. Boleh refer sini SAMBAL HITAM PAHANG ye kalian semua.

Okay.
Nak sambung cerita trip ke Jogja. Almost sebulan dah oi. Tapi cerita tak habis-habis lagi.

Ini perkara biasa kan semua bloger?  Mood/feel dan kerajinan tu kene seiring. Ibarat ombak dan pantai. Ye dak ?

KahKahKah--

Continue.. Lepas habis berjalan ke candi candi, kami dibawa oleh supir ke Keraton Yogyakarta ataupun selalu disebut oleh masyarakat tempatan sebagai Keraton Ngayogyakarta Hadiningrat ataupun kata mudah, Istana Kraton. Keraton atau Kraton Jogja merupakan kerajaan terakhir dari semua kerajaan yang pernah berjaya di tanah jawa. Ketika kerajaan hindu-budha berakhir kemudian di teruskan dengan kerajaan islam pertama di Demak, lalu berdiri kerajaan yang lain seperti Mataram islam yang di dirikan oleh Sultan Agung lalu berjalan dan muncul Keraton Jogja yang didirikan oleh Sultan Hamengku Bowono I. Hingga sekarang, keraton Jogja masih menyimpan kebudayaan yang sangat mengagumkan.

Tiket masuk ke Kraton sebanyak IDR12 500, siap tour guide dlm ni untuk menceritakan secara terperinci tentang satu satu tempat. Layan je lah ye sebahagian gambar di ambil di Kraton ni.








 









Selesai di Kraton, kami ke Taman Sari pula. Disini ada kolam mandian, konon di kolam utama inilah gundik-gundik  Sultan membersihkan diri sebelum 'making love' dengan sultan, saat itu gundiknya ada sekitar 40 orang.  Sultan memilih gundiknya yang akan di ajak 'making love'  dengan beliau yakni dengan melempar bunga kembang setaman ke gundik-gundik yang sedang berenang dan siapa yang mendapatkan bunga itu dialah yang terpilih untuk 'making love' dengan Sultan. Dengar dari cerita orang di situlah. Mungkin ini mitos --


Pemandangan kolam dari atas menara. Katanya menara inilah sultan akan melihat gundik-gundiknya. Wohoo, clear nak skodeng ;)
 
 



Habis sudah perjalanan kami di Jogja. Seterusnya kami ke stasiun keretapi Tugu untuk berangkat pula ke Bandung. Sampai je stasiun, hari dh gelap. Sekitar jam 8 malam lebih kurang. Tiket keretapi kami jam 10.10 malam. Perjalanan ke Bandung lebih kurang 8 jam. Ya, tidur di dalam tren lagi kami malam ni.

Since stasiun dengan jalan Malioboro sangatlah dekat, kami decide nak letak barang/beg di loker dan berjalan kaki ke jln Malioboro. Inilah masa untuk shopping!  :)




Settle shopping,  kini masa untuk ke Bandung! Next entri kita sembang pasal Bandung pula ye kawan-kawan.

Selamat tinggal Jogja --
Frust tak dapat jumpa Shiela On 7 :(

Tuesday, July 1, 2014

SAMBAL HITAM PAHANG. ORIGINAL FROM PAHANG!

Salam Ramadhan hari ke -4. Alhamdulillah --

Pagi ni sebelum aku mulakan kerja hakiki aku, jejari tak berapa runcing aku ni rajin pulak lah nak menaip entri.

Maaf lah kalau pepagi lagi dah buat korang terliur. Memang confirm terliur. Ampun sesiap !

Sape  sini pernah makan 'sambal hitam/sambal Pahang'? Uish, kalau sape yg belum tu, cepat-cepat masukkan dalam wishlist, cepat cepat dapatkan. Memang sedaaap babe.

Kenapa  namanya sambal Pahang? Sebelum ni ia dikenali dengan sambal hitam. Tapi sebabkan produk ni memang asal dari Pahang, jadi dah diperkenankan nama barunya adalah sambal Pahang. Bangga-lah semua rakyat jelata negeri Pahang ;)


Ramuan utama nya, belimbing buluh, bawang besar, cili padi dan ikan bilis. Rasanya? MASAM-MASAM PEDAS! Simple bahan-bahannya kan. Tapi nak buatnye bukan mudah ye. Nak merebus dulu belimbing buluh tu, then nak tumbuk dlu ikan bilis (kalau blander tak sedap, hancur). Jadi jangan mengeluh kalau jumpe di pasaran, ia di jual dengan harga agak tinggi. Sebabnya harga bahan mentah yg agak mahal, iaitu ikan bilis dan jugak belimbing buluh yg agak susah nak dapat.  Kalau jumpe sebekas (250g) RM15 tu kira murahlah tu. Hehehe.

Okay meh nak belanja gambar.


senjata utama -buah belimbing buluh
 
 
 
Belimbing buluh yang telah direbus
 
 
 
bahan-bahan lain untuk membuat sambal hitam

 
inilah hasilnyaaa. Nyums!
 
Boleh dimakan bersama roti, nasi impit  dan paling nikmat, makan bersama nasi putih panas-panas. Kaw kaw  terangkat babe --


Boleh dinikmati bersama roti

 dan juga nasi. Mantop --





Terliur tak?
ngehngehngeh


p/s: gambar ihsan dari Google.