Followers

Sunday, October 25, 2015

TIME CAPSULE RETREAT, SG LEMBING



Monday Blues!

 Shhuhhh. Mana ada blues blues ni. Happy working guys! 'Pinjam' masa kejap je nak update blog, japgi sambung buat kerja. 


Semalam cerita pasal tempat bercuti best kat Janda Baik kan. Harini pun nak cerita benda yang sama, tapi di Sg Lembing, Kuantan. Still dalam negeri Darul Makmur wuhuu. Jangan taktau, Pahang mmg kaya dengan tempat pelancongan/percutian menarik! 

Sambung cerita...

 Tempat bercuti kali ini sangat menarik dan unik. Terletak di Sg Lembing, Kuantan Pahang. Memang jauh sikit la dari bandar Kuantan tu. Ni kira percutian 'back-to-nature' jugak ni. Meh layan gambar.


Welcome. Wehoooo!


Ada dua jenis, satu yang mcm gambar atas ni, satu jenis lagi macam gambar bawah ni. Apa beza?

Kami pilih yang ini. Kenapa? Sebab yang atas tu, langsir. So maksudnya kalau malam, mmg boleh nmpk bayang la kalau buka lampu. Ngehehe. Bahaya orang nampak.

Toilet di luar. Tak jauh, beberapa langkah je dari bilik.  Jangan risau takut ke apa.

Tadaaaa. Cantik bukan. Inside the 'kolong'. Siap boleh star gazing weh. Buka langsir belakang tu nampak hijau yg sungguh mendamaikan.

Malam pun tiba

View malam hari. Cantik!



Mesti tertanya-tanya aktiviti apa boleh buat kat sini kan.
Since percutian ni mmg percutian 'back-to-nature' katanya, kita menikmati alam la. Ada dua aktiviti selalu org buat, satu; hiking bukit panorama untuk lihat sunrise. Kedua; naik 4wd, hiking sikit, redah sungai sikit untuk ke air terjun pelangi.

Kami pilih -air terjun pelangi.


naik 4WD dulu beramai-ramai. Meriah. Sebab banyak sekali 4WD drive.

lepas perjalanan berliku, akhirnya sampai jua. Indah.

Nampak tak tu pelangi nya?

Agent supply maggi cup dan milo panas. Nikmat betul layan tengah sejuk masa tu.



Amacam uolls? Teruja tak? Sila la booking cepat. Cuti tak banyak? Eh, takpe. Weekend 2H1M pun cukup. Lari sikit dari kesibukan kota, dari jerebu yang melanda, rehatkan diri anda di TIME CAPSULE RETREAT.



DANAU DAUN CHALET

" Jumpa Janda Baik, bawak balik janda baik!"

Salam semua.

Tetiba keluar lirik lagu Baik apa kaitan? ^_^
 
Actually, nak cerita pasal satu tempat best untuk bercuti ni. Boleh pi dengan family or kawan-kawan, buat reunion boleh, family day pun boleh. Dalam Malaysia aje, cuti tak payah lelama. 2H1M pun dah cukup! :)
 
 Ni dia....
Danau Daun Chalet, Janda Baik, Pahang Darul Makmur.
 
Sila cuci mata dulu lah ye

Buka pintu... Assalammualaikum

 Welcome note atas katil

Port lepak tengah kolam


Posing dulu

Pemandangan penuh luar rumah




Posing atas titi pun lawa


Meh nak cerita.
Kat danau daun ni ada beberapa jenis chalet, yang kami duduk ni ialah DANAU DAUN CHALET 2. Harga RM500 (weekend) untuk 5 orang. Maximum  capacity boleh muat 7 orang dewasa. So tambahan lagi 2 org tu kena bayar RM50 per pax. Since kami ckup 7 org, jadi RM600/7 =RM85.71 je sorang. Murah ke idok? For me, still under badget la tu. Dapat rumah mmg gila cantik. Mana mau dapat.

Aktiviti kat sini? Kat Janda Baik ni mmg terkenal dengan sungai. Jadi boleh la bermandi manda di sungai ye memasing. Tapi sungai nya bukan dalam kawasan chalet ni. Since kami sampai  hujan rahmat pun turun, kami tak keluar mana, duduk rumah relax-relax. Then bila dh reda hujannya, kami set-up for BBQ :)

Alat-alat, bahan mentah untuk BBQ tak include ye dlm harga bilik tu. Ni memasing bawak. Tapi pihak chalet ada sediakan BBQ pit.

Aiseh. Takde pulak pic kami ber-BBQ.

Sebagai ganti, layanlah ye gambar dalam rumah.


Bedroom 1

monyok sebab berebut bilik tak dapat


Bedroom 2

Bedroom 1


Living room
Punya verandah yang cantik

Toilet, setiap bilik ada satu toilet
 
Kepada sesiapa yang berminat, boleh la rujuk website Danau Daun untuk ketahui lebih lanjut :

http://www.danaudaunchalets.com/

Danau daun 1 dan Danau daun 2 bersebelahan shj. Its time to say GOODBYE! Till we meet again.



 




Tuesday, July 15, 2014

MENU DIET ATKINS

Salam Ramadhan ke-17

Diet Atkins?
Kata mudah, diet dimana kurangkan makan karbohidrat. Dalam sehari kalau boleh ambil 20g je carbs.

Aku kekonon nak try. Tapi tak displin. Nafsu makan memang tak boleh dibendung. Huhu.
Dalam tempoh dua minggu - tempoh induksi, tak boleh makan segala jenis nasi, bihun, mee, koew teow, roti, tepung, kentang, kicap, sos cili . Tak makan nasi tu boleh lah aku terima lagi, ni sampai tak boleh makan bihun juga. Mana boleh tahan makan lauk jeeee :(


Sebab tu aku kata 'kekonon' diet. Aku buat diet ni, tapi tak penah berjaya dua minggu tu. Dua hari aku tahan, masuk hari ketiga aku dah cari bihun tomyam. Wohoho. Tambahan dalam bulan puasa ni, segala jenis makanan terbayang-bayang. HAHAHA.

Meh aku share skit menu yang aku makan masa aku amalkan diet atkins ni.

1. Chicken Foldover Atkins.


 
 
2. Chicken cheese ball homemade.
 



Ni kira rajin la aku nak masak cegini. Kalau malas sgt, aku goreng je telur dadar, sosej. Takpun buat telur rebus. Sapa tahan dua minggu cegini? Aku memang tak tahan.

Adoi-lah --
Macam mana nak kurus.

Monday, July 14, 2014

COKELAT YANG DIRINDUKAN SEMUA

Salam Ramadhan ke-16

Ada satu jenis cokelat ni, aku yakin semua orang yang sebaya aku pasti rindukannya.

Cer teka dlu.

Taknak teka? Malas ye --

Cokelat ni di keluarkan oleh syarikat Gandour. Ha, dpt bayangan dah?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.






TOFILUK
Pernah makan tak? Ya Allah sedap sangat cokelat ni. Last aku makan tahun 2005 kot, masa tu sekolah menengah. Lepastu tak jumpa dah sampai sekarang.


Mengimbau kenangan sangat --
Di bulan puasa lak tu teringin nya. Ahai mana nak cari ni. Anyone?


Ni satu lagi jenis cokelat yang aku  suka, kira adik beradik dengan Tofiluk sebab dari syarikat yang sama.



SAFARI
Sape penah makan kita geng ! :)
 
 
 
 








Wednesday, July 9, 2014

BAJET PERCUTIAN JAKARTA-YOGYAKARTA-BANDUNG

Perbelanjaan dalam RM

1. Tiket tren Taksaka Malam                                   RM92.38                           
2. Tiket tren Malabar                                              RM95.36
3. Tiket tren Argo Parahyangan                               RM30.74
4. Tiket bas dari Melaka Sentral ke KLIA2                 RM24.30
5. Tiket bas dari KLIA2 ke Melaka Sentral                 RM24.30
6. Fee cancel hotel                                                 RM16.00
7. Tiket flight (return) KLIA2 - Jakarta                     RM250 +-
    *termasuk insurans, meal.


Perbelanjaan dalam IDR

1. Hotel Kenangan                                                  IDR250 000
2. Hotel Maxone                                                     IDR232 500
3. Supir di Jogja                                                     IDR500 000
4. Supir di Bandung                                                IDR500 000
5. Airport tax                                                         IDR150 000
6. Candi Borobudur                                                IDR115 000
7. Candi Prambanan                                               IDR103 500
8. Taman sari                                                         IDR12 000
9. Ratu Boko                                                          IDR110 000
10. Kawah Putih                                                     IDR43 000
11. Bas Damri                                                        IDR30 000
12. Keraton+camera                                               IDR13 500


Shopping + Makan =  tak ingat. Teheee.

CUTI-CUTI JAKARTA-YOGYAKARTA-BANDUNG - PART SIX

Salam Ramadhan ke-12.

Ni last entri pasal cuti cuti di bumi jawa haritu.

Sebaik sampai Stasiun keretapi Gambir, kami terus tuju ke hotel tempat kami menginap di Jakarta, Hotel Maxone. Cantik hotel ni --





Lepas check-in, rehat, solat, kami terus keluar hotel nak ke Tanah Abang.

Ini tips la bagi sesiapa nak stay di Jakarta dan tujuan utamanya nak shopping. Korang cari lah hotel yang betul-betul dekat dengan Tanah Abang. Betul-betul dekat tu maksud aku korang boleh jalan kaki je dari hotel. Satu hotel yang aku perasan, Fave Hotel. Ce try google --

Serius korang kena guna tips ni. Pengalaman aku masa pegi haritu, berapa teksi blue bird ntah kami tahan, semuanya taknak bawa kami ke Tanah Abang. Alasannya, MACET. Atlast ada satu teksi ni willing nak bawa kami ke sana, tapi itupun separuh jalan je weh. Serius tak bergerak. Kalau kami terus menerus dalam teksi tu, mau nye kene charge mahal nanti. Ok, satu lagi. Teksi blue bird ni satu satunya teksi yang guna meter . So please naik teksi ni, jangan yang lain. Jangan.

Perbandingan antara shopping di Pasar Baru dan Tanah Abang? Lebih kurang sama. Harga pun lebih kurang. Kalau pandai cari kedai, jumpa yang lagi murah lace nya di Tanah Abang.

Shopping, shopping dan terus shopping.

Dalam jam 4 petang macam tu, banyak kedai dah tutup. Kami pun blah dari Tanah Abang dan kami tahan teksi, nak pegi ke Grand Indonesia Mall. Ha, bukan nak shopping sini ye. Kalau nak shopping sini semestinya mahal, sebab mall kan. Barang pulak semua branded je. Kami nak makan eskreeeem!

Tadaaaa.
Magnum Café --

Korang wajib datang sini. Paling best sini, kita boleh buat aiskrim kita sendiri. Bukan je aiskrim, sini ada jugak menu berat yang lain. Alang-alang kami dinner sini terus, last dinner di bumi Jakarta :)





Selesai makan, kami beransur pulang ke hotel. Sesampai hotel, mandi, packing beg semua sebab esok sudah mau pulang.

Yeaaaay. Nak balik sudah.




Okay next entri nak cakap pasal bajet percutian ni pulak.
Jumpa lagi.
Bai.

Monday, July 7, 2014

CUTI-CUTI JAKARTA-YOGYAKARTA-BANDUNG - PART FIVE

Salam Ramdhan ke-10.

Jangan jemu ye tengok tajuk entri sama berulang kali. Memang lambat aku ni nak menghabiskan cerita-cerita di bumi Jawa tu.

Mood mesti mau ada--
Sekarang baru muncul, jadi aku sambung cerita.

Kami menghabiskan waktu malam dalam tren. Kiranya ini dah dua kali kami tidur dalam tren, yang pertama masa dari Jakarta ke Yogyakarta, ini pula yg kedua dari Yogyakarta ke Bandung. Kami selamat sampai di Stasiun Bandung jam 7 pagi lebih kurang. Terus tuju ke Hotel Kenangan tempat kami menginap. Berjalan kaki.

Kali kedua aku menginap di sini. Hotel Kenangan biasa biasa je, harga reasonable. Tapi sangat strategik lokasinya. Dari stasiun keretapi dekat dan paling penting, dekat gila gila dengan Pasar Baru Trade Center. Tak caya try google.


Hotel Kenangan di waktu malam.


 


       
 
Okay. Since jam pun baru jam 7.30 pagi, nak check in pun
tak boleh lagi, jadi kami decide untuk sarapan dulu then
terus ke Pasar Baru. Beg beg semua kami tinggalkan dlu
dlm stor di hotel tu.
 
Masa sampai Pasar Baru memang banyak kedai belum buka.
So jejalan dulu, mana kedai yang dah buka tu terus je kami
terjah. Kekonon customer awal dapat la harga murah. Heee ;)
 

 
Ramuan mata utama tak lain tak bukan semestinya la LACE!
 
Settle shopping, kami keluar dari Pasar Baru sekitar jam 12 tengahari
mcm tu. Berjalan lah kaki kami dari Pasar Baru balik ke hotel dengan
barang belian yang berat amat. Hohoho. Kalau tak larat, boleh la
korang naik Angkut ye (van), bayaran dari Pasar Baru ke hotel
Kenangan lebih kurang 2000-5000 rupiah seorang.
* Masa pergi pun kami jalan kaki.
 
Check in, rehat! Nikmatnya dapat jumpa katil. Dah dua malam kami
tidur atas kerusi je.
 
Petangnya kami keluar cari makan. Since aku dah penah datang
dan menginap sini, jadi tau la jugak kedai makan mana nak dituju. Kami
decide makan masakan Padang. Restoren masakan Padang ni konsepnya, pelayan akan hidang semua jenis lauk atas meja kita.Tapi kita akan bayar makanan yang kita makan je (pinggan).
Contoh la ada ayam goreng dua ketul dlm pinggan, kita makan seketul je,
tetap kene bayar untuk dua ketul ye. Harga ikut pinggan.
 

 
Boleh tahan enaknya.
 
Selesai makan, pulang ke hotel dan tidur. Zzzzz!
 
 
Pepagi bangun, siap-siap cepat sebab harini kami akan berjalan sekitar Bandung, supir Pak Tri namanya akan jemput kami di hotel. Bayaran supir IDR500 000 untuk full day tour, avanza.
 
Destinasi pertama kami Kawah Putih. Kenapa tak pergi Tangkuban Perahu? Sebab aku dah pernah pergi sebelum ni :)
 
Layankan jelah ye gambar-gambar ni --
 





 
 
Okay done Kawah Putih. Next kami ke Stu Patenggang. Maaf takde gambar, google lah ye kalau nak tau apa ;)
 
Lepas tu Pak Tri bawa kami lunch di Restoren Saung Andir, menu 'wajib cuba' adalah Ayam Brengsek.
 

 
Kemudian kami terus ke kota Bandung semula untuk shopping di factory outlet.
Malamnya, aku minta Pak Tri untuk bawa kami dinner di Stone Café, di jalan Dago. Pemandangan dari sini sangat cantik dan sini siap ada live band.
 

 
 
Berakhir sudah dua hari dua malam kami di Bandung. Esok paginya kami akan check out awal pagi dan terus ke stasiun keretapi Bandung untuk menuju ke destinasi shopping terakhir, Jakarta. Di Jakarta kami menginap di Hotel Maxone, Jln Sabang. Lokasi ni tak terlalu strategik, tak hampir dengan mana mana shopping mall. Cuma ia best sebab dikelilingi dengan stall stall makanan. Senang cari makan lah kiranya--
 
 
Nanti aku sambung cerita kat Jakarta dalam next entri ye. Mungkin itu entri terakhir untuk cerita cuti cuti di bumi jawa ni. Tehee ;)
 
Jumpa lagi.
Bai.