Followers

Monday, June 16, 2014

CUTI-CUTI JAKARTA-YOGYAKARTA-BANDUNG - PART ONE

Hi.


Harini baru nak bercerita tentang percutian aku ke bumi jawa  tempoh hari. Selalu orang kalau bercuti ke Jakarta, pasti pergi ke Bandung kan. Sama dengan aku, tapi kali ni extend sikit perjalanan ke bumi jawa timur, Yogyakarta. Kira-kira 8 jam perjalanan naik keretapi.


 
Bermulalah 'pengembaraan' kami berdua di bumi jawa sebaik shj menjejakkan kaki di Soekarno-Hatta Airport Jakarta. Iya, cuma berdua. Wanita. Kagum? --
 
 
 
Selepas selesai urusan imigresen dan luggage, terus kami meluru ke kaunter bas di luar airport dan pilihan kami tentunya bas Damri. Nak jimat, sebab tu taknak ambil teksi. Tetapi kalau sesiapa nak ambil teksi, sila pilih teksi Blue Bird ya. Teksi ni sahaja yang menggunakan meter. Yang lain, TAK!
 
 
Ini lah tiket bas kami.
 
Kemana halatuju kami? Bukan ke hotel ye kalian.  Kami decide untuk terus ke Yogyakarta dengan menaiki tren waktu malam. Jadi kami perlu sampai di Stasiun keretapi Gambir sebelum jam 8.40 malam, tiket keretapi sudah dibeli online oleh sahabat aku, Aiman.
 
 
Perjalanan dari airport ke stasiun gambir mengambil masa lebih kurang 45 minit. Tetapi, disebabkan kemacetan yang teruk sekali di Jakarta, perjalanan kami lebih kurang 3 jam. Dalam bas tak senang duduk dah kami. Risau kalau terlepas tren. Dalam hati masa tu dah pasrah. Memang dah tak fikir apa. Dan akhirnya kami sampai stasiun gambir tepat jam 8.40 malam. Masih berharap sebenarnya, berharap keretapi delay. Dan Allah memakbulkan harapan aku tu. Ya, keretapi masih belum sampai dan ini bermaksud kami belum terlepassss tren ke Yogyakarta. Alhamdulillah --
 

Sempat lagi bergambar di landasan, dengan berlatarbelakangkan MONAS :)
 
Perjalanan kami mengambil masa 8-9 jam. Kami menaiki tren Taksaka Malam, Eksekutif. Actually ada 3 jenis. Economy, Bussiness dan Eksekutif. Harga berbeza beza mengikut jenis dan yang paling selesa dan paling mahal (takde mahal mana ) adalah Eksekutif ye. Disediakan bantal serta selimut juga.
 
 
Jadi apalagi, tidur lah kami sampai ke pagi even tak berapa nyenyak :)
 
Sekitar jam 7 pagi, kami selamat tiba di Stasiun Tugu, Yogyakarta.  Dah ada supir yang menunggu kami di stasiun, Yusuf namanya. Destinasi pertama kami sudah semestinya Candi Borobudur.
 
 
Morning Jogja!
 
Okay, cerita tentang perjalanan kami bersama Yusof di sekitar Jogja akan aku sambung entri akan datang ye.
 
Jumpa lagi.
Bai.


2 comments:

Cik Sara said...

menarik!
Lama dah plan nak ke Indonesia, tapi entah bilanya nak sampai. Ala-ala percutian bajetlah ni ek? mesti banyak study public transport before pergi kan? Bolehlah bertanya-tanya nanti.. Tapi, entah bila.. hehehe..

wirdah said...

Sara, kalau nak pegi Indonesia gtau ye. Nak ikut sekali. Especially Bandung. Memang wajib repeat. Berkali kali pun tak jemu. Ahhhh. Kainnya cantik belaka.